06 June 2011

taraf --'

Assalamualaikum readers and bloggers yang dikasihi sekalian :)

sekarang ni aku nak reblog pasal taraf. haaa! bukan aku nak cakap aku ni jenis main taraf. aku tak kesah lah. tapi kepada sesiapa yang bermain taraf ni, bace lah post aku ni. biar korang sedar diri sikit! bukan nak mengutuk korang tapi ini lah orang cakap realiti kehidupan. kan? dan jugak berdasarkan pengalaman aku sendiri.

situasi pertama; taraf dari segi rupa paras dan gaya
dua benda ni hanya dari segi fizikal seseorang je. ye lah. dah muka cantek/handsome kan? ada gaya pulak tu. mesti lah nak kawan macam taraf dia jugak. nak sama sama cantek/handsome dan bergaya. kalau nak kawan dengan orang yang tak berape nak cantek/handsome dan tak pandai bergaya, malu lah diorang nantikan? jatoh standard berkawan dengan orang macam tu katanya. tak padan dan tak layak lah orang hodoh untuk berkawan dengan orang cantek/handsome dan bergaya. kan?

situasi kedua; taraf dari segi kekayaan
yang ni pulak. alamak! aku panas giler lah kalau orang nak berkawan sama status, iaitu KAYA! ye lah! kaya lah sangat korang tu. kalau setakat kaya kerana duit mak bapak korang, baik tak payah nak berlagak! dah kaya kan? mestilah pakai kereta besar kan? geng diorang mesti semua geng ada kereta import mane nak kawan dengan orang pakai kereta malaysia. diorang nak berkawan dengan orang yang pakai kereta import je lah. fairlady lah, mini coop lah, volkswagen lah, swift la. dah tu, dekat tangan tu tak lepas iphone, ipad, blackberry apa semua tu ha. yang paling aku tak suke, kalau dah berjalan satu geng, bila kita yang tak berape nak kaya ni bertembung dengan diorang, hehhh! jelingan tajam yang diorang kasi kat kita. senyum pon entah ikhlas ke tak. hish!

situasi terakhir; taraf dari segi kepandaian
yang ni pun aku panas sangat dengan manusia macam ni. nak kawan sama sama yang genius intelligent bijak pandai pintar. apa lagi? kalau kawan dengan pelajar yang kurang pandai ni, nanti diorang terpengaruh. tu lah anggapan diorang. bodoh! yang sentiasa dapat highest marks. straight A's student. ye lah. kita yang tak kureng pandai ni, mesti lah nak bertanya dengan orang yang pandai kan? ni berdasarkan pengalaman aku ye? konon nya nak bertanya dengan diorang. ye lah. kongsi ilmu katakan. dah kita tanya, tau apa diorang cakap? "ek eleh! benda senang macam ni pon tak reti nak buat?" ni yang buat aku malas nak bertanya dengan orang pandai ni. ada pulak yang ketawakan aku. kedekut ilmu betol! kalau dah kedekut dengan ilmu pon takde guna nya.

konklusinya, aku bukan nak kutuk korang ye? tapi bagi aku, rupa paras, gaya, harta, kepandaian semua tu, tak perlu dinilai sewaktu nak berkawan. kadang kadang orang yang korang anggap burok, hodoh, miskin, bodoh. orang yang macam tu lah yang jadi kawan korang yang sejati dan diorang lebih menghargai persahabatan daripada orang yang korang kata sama taraf dengan korang. harta, kepandaian, rupa paras dan gaya tak penting dalam persahabatan. yang penting kawan korang tu boleh dipercayai, sentiasa ambil berat pasal korang dan yang paling penting, kawan korang tu sentiasa ada dengan korang dalam susah atau senang. itulah teman korang sejati. sahabat yang benar. bukan dinilai melalui taraf yang sama. :)

dah. letih lah nak membebel lagi. reblog soon! ;)

Lots of Love,
EYPA HUSAINI ♥