08 June 2011

menyamakan isteri dengan pelacur?

Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan. 

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. 



............................................................????


em. dah bace habis dah artikel di atas? aku pon tak paham kenape diorang nak samakan seorang isteri dengan pelacur? bodoh betol lah --' kata orang, "fikir dari sudut positif!" okay. aku bace dan aku fikir dari sudut positif tapi yang menjadi masalah kat aku, kenape? kenape? kenape nak sama kan seorang isteri dengan pelacur? aku rasa istilah pelacur tu tak sesuai digunakan. rendahnya martabat seorang isteri sehingga menyamakan mereka dengan pelacur. Kalau ye pun janganla letakkan taraf pelacur untuk puaskan suami. bukankah wanita itu mulia darjatnya? Hidup bukan semata untuk seks. 


dalam Islam pon ade cakap,
martabat seorang isteri ni tinggi. jadi tak perlu lah nak samakan dengan pelacur. okay. nak samakan dengan pelacur. pelacur tu semua laki boleh melakukan seks dengan diorang kan? kalau isteri? tak kan korang nak share isteri korang kan? bodoh betol lah! memanglah tanggungjawab isteri melayan zahir dan batin suami tetapi penggunaan perkataan 'pelacur' dianggap keterlaluan kerana suami dan isteri dinikahkan dengan sah manakala pelacur adalah sebaliknya. 


bagi aku (seorang perempuan yang bakal bergelar isteri suatu hari nanti. cewah!)
kalau ye pon nak bagi perumpamaan, tak yah lah sampai nak menyamakan isteri dengan pelacur. nak menyamakan dengan pelacur seolah olah isteri ni rendah sangat darjatnya. alamak! korang pandailah fikir fikir sendiri ye? aku pon dah tak tau nak cakap ape dah. memang tak lah isteri ni seperti pelacur kelas pertama. aku sangat tidak setuju kalau korang nak menyamakan isteri dengan pelacur.

pelacur? apa itu pelacur?
wanita yang mengenakan bayaran kepada lelaki yang hendak melakukan hubungan seks dengan mereka tanpa apa apa ikatan dan ianya adalah HARAM di sisi Islam.

isteri pulak apa?
isteri pulak seorang wanita yang telah disatukan melalui lafaz nikah yang meng-HALAL-kan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan.

dah dapat perbezaannya? iye lah! aku tau lah korang dah tau. aku cuma nak bagi korang lebih jelas lagi. so, dari segi maksud isteri dengan pelacur pon korang dah tau isteri memang tak sepatutnya disamakan dengan pelacur.

okay. sampai sini je aku nak reblog hari ni. nanti reblog lagi ;)
p/s: kalau rasa isu ni terlalu sensitif aku mintak maaf ye? :) aku cuma nak menegakkan kebenaran. tu jer. takde niat lain selain ni tau tak?

Lots of Love,
EYPA HUSAINI ♥