10 July 2013

Percintaanku :')

Assalamualaikum readers sekalian :)

Tengah-II malam macam ni, aku terasa nak update blog aku ni. Nak update pasal ape? Pasal kesedihan, kesakitan, keperitan dan kedukaan yang aku lalui sendiri. setiap malam, aku menangis mengenang nasib aku sendiri. nasib aku dalam percintaan memang malang. betapa peritnya percintaan yang aku lalui sekarang ni, hanya aku yang tahu. aku menangis pun dah tak berair mata sebab hampir setiap malam aku menangis. mata pun dah naik lebam.

Aku? Hmmm ada apa dengan aku? aku seorang wanita yang lemah dan sering melakukan kesalahan dan kesilapan. aku mencintai seorang hamba Allah. dia seorang Adam yang tak reti nak hargai cinta dan pengorbanan aku. selama ini aku banyak bersabar dengan perangai dia yang panas baran tak tentu pasal, suka tuduh-II aku dan kasar gila babi.

Aku tahu, aku yang bodoh dan itu semua pilihan aku. aku yang memilih untuk hidup dengan dia. tapi oleh sebab aku terlalu menyayangi dan mencintai dia, aku lalui semuanya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Hanya sahabat-II terdekat jeh yang tahu kisah cinta aku. Iye aku akui, memang kisah cinta aku tak seindah kisah cinta korang di luar sana. tapi semua orang ada kisahnya tersendiri kan? kisah aku ni amat teramat sangat perit, sedih, sakit, dan yang sama waktu dengannya.

Kenapa??????

Sebab aku bodoh, mencintai lelaki seperti dia. dia yang tak pernah nak menghargai pengorbanan aku, air mata aku, hati aku, cinta aku, sayang aku, rindu aku..... SEMUA! semua dia tak hargai. aku jeh yang bodoh sebab masih setia bersamanya atas dasar cinta mati. ya Allah, kenapalah aku sebodoh ni? kenapalah aku jatuh cinta dengan lelaki sepertinya ya Allah? kata mak, semua benda berlaku pasti ada hikmahnya. dan mak aku kata, orang yang sabar dengan segala dugaan, adalah orang yang paling Allah sayang. aku dah cukup bersabar. aku manusia biasa! tahap kesabaran aku pun ada hadnya.

Selama aku bersama dengannya, hati aku dah cukup kering dengan perangai dia. korang bayangkanlah, 9 kali kantoi curang. aku tetap bersabar. sebab apa? sebab aku terlalu sayangkan dia. 4 kali aku dipukul oleh dia, aku tetap sabar. sebab apa? sebab aku terlalu cintakan dia. mungkin ini balasan aku sebab dulu pernah permainkan perasaan orang. iye aku mengaku aku salah! karma memang wujud dan sekarang karma tengah mengejar aku. tapi aku dah cukup sabar dah, dan aku dah cukup terseksa. aku dah dapat pengajarannya. aku pun ingin bahagia dengan orang yang aku cinta. tak boleh ke? aku tak layak ke untuk bahagia?

Apa salah aku???????

Kenapa aku diperbuat macam ni? aku diduakan, aku dipukul, aku dikaki, aku dimaki, aku ditengking, aku dituduh. apa salah aku? apa semua benda yang aku korbankan untuk dia tak mencukupi untuk buktikan betapa besarnya cinta aku untuk dia? aku setia gila babi dan tak pernah menyimpan perasaan kat mana-II lelaki sebab aku hanya mahukan dia tapi aku diduakan. aku buat salah sebesar semut, terus aku dipukul, dikaki, dimaki, ditengking bagaikan salah aku sebesar alam. aku pergi kolej nak belajar, dituduh ada lelaki lain sedangkan aku sedikit pun tak pernah curang terhadap dia. apa lagi yang tak cukup?

Sayang, aku tak tahu laah apa lagi yang kurangnya pada aku. rupa paras aku memang tak seberapa, tapi keikhlasan dan kejujuran hati aku, aku rasa dah sepenuhnya aku tumpukan pada kau sayang. kenapa kau perlu buat aku sekejam ni? apa aku tak boleh bahagiakan kau? kalau aku tak boleh bahagiakan kau, kenapa kau bagi aku harapan yang tinggi? kenapa? kalau betul cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan, tinggalkan aku dengan baik caranya. tinggalkan aku sekarang sebab nanti dah terlalu lambat sayang. setiap hari, setiap saat, perasaan aku untuk kau semakin membuak buak. semakin hari, semakin sayang. semakin hari, semakin takut kehilangan kau. aku taknak ko tinggalkan aku sampai satu tahap aku dah tak boleh hidup tanpa kau. aku jenis yang sukar untuk menerima kenyataan dan itu membuat aku bertindak bodoh sampai nak bunuh diri. astaghfirullalazim! ya Allah, Kau kuatkanlah aku ya Allah.

Dia bagi tahu aku, disebabkan dia terlalu sayang dan cintakan aku, dia jadi cemburu buta. dia lebih percayakan kata kawan-II nya. disebabkan khabar angin bodoh, dia pukul aku, dia marah-II aku. kalau betul kau sayangkan aku, cintakan aku, bukan macam tu cara kau nak tunjukkan. aku ni bukan tunggul. aku pun ada perasaan. ada rasa sakit bila dipukul, ada rasa sedih bila dimarah. tolonglah sayang! kalau ye pon ko nak buktikan rasa sayang dan cinta kau terhadap aku, bukan dengan cara macam ni.

Aku dah tak sanggup lagi hidup macam ni. aku nak bahagia dengan dia. tak layak ke aku nak berbahagia? aku pun nak jugak rasa indahnya percintaan macam mana aku tengok sweet couple kat luar sana. bila aku tengok percintaan orang lain, aku iri hati. betul! memang aku iri hati dengan sweet couple luar sana. sebab dorang bertolak ansur. aku? apa yang aku rasa? korang takkan pernah faham dan takkan pernah tahu rasa sakitnya hati ni. hanya aku dan Allah jeh yang tahu rasanya macam mana.

Sakit hati aku? hancur hati aku? ada ke yang nak ambil tahu? setiap kali hati aku sakit dan terluka, dia takde nak merawat atau menjaganya, tapi menambahkan lagi rasa sakit di hati aku ni. makin hancur hati aku dibuatnya. aku jeh yang sibuk nak jaga hati dia. dia? ada ke dia nak jaga hati aku? sikit pun tidak. sorang pun tak reti nak hargai perasaan dan hati aku. aku jeh yang sibuk nak jaga hati orang. hati aku yang sakit ni sapa yang nak jaga?

Aku tahu kau ada perempuan lain dalam hidup kau kan? sayang, aku tak sebodoh tu laah! hancurnya hati aku bila nampak message dia, call dari dia. hancurnya hati aku bila nampak kau post gambar kau dengan dia siap letak caption "Forever Love!!" hancur luluh hati aku sayang! aku rasa tak bernafas pun ada jugak bila nampak gambar tuh. tak cukup lagi dengan tu, aku ternampak kau post kat facebook perempuan tuh. ko cakap "I love you mama. I miss u already". menggigil badan aku baca. ko tipu aku, ko cakap family ko datang dari Sabah. 4 hari sayang. 4 hari ko biarkan aku sorang-II. firasat aku cakap perempuan tuh yang datang. bila aku tanya, ko nafikan. sampailah aku dapat tahu sendiri memang betul perempuan tuh yang datang. tapi ada ke aku marah kau? takde kan? aku diam jeh sebab aku taknak menimbulkan pergaduhan. sebab aku terlalu sayangkan kau, terlalu cintakan kau, aku diam diri jeh. tapi hati aku. YA ALLAH! sakit tak terkata. bila ko message dia, boleh jeh ko message panjang lebar lepas tu happy-II. bila ko message aku, ko reply macam nak taknak jeh kan? nampak sangat ko lebih sayangkan dia daripada aku. tapi bila aku tanya, ko cakap ko lebih sayangkan aku.

teringat masa kitorang gaduh waktu subuh hari tuh. aku larikan diri dari dia. aku tak jawab call dia. aku tak reply message dia. seharian aku menangis tanpa henti. makan pun tak lalu. kawan-II aku bagi aku nasihat untuk lupakan dia sebab aku dah terlalu bodoh sebab bagi dia terlalu banyak peluang. tapi aku degil dan taknak dengar nasihat kawan-II aku. aku cair bila dengar dia menangis suruh aku balik pada dia. malam tuh jugak aku balik kat dia, dengan kaki tempang, satu badan sakit, sesak nafas, aku tetap kuatkan diri sebab aku rindu dia. iye, memang dia mintak maaf kat aku, dia peluk aku, dia pujuk aku. tapi sakit yang dia rasa tak setanding rasa sakit yang aku tanggung selama ni. semudah tu jeh aku maafkan dia.

TAPI....................

Tak apa! aku bagi dia masa sampai dia balik dari Sabah nanti. dia janji kat aku, dia akan setia dan bahagiakan aku sebaik saja dia balik dari sana. kita tunggu dan lihat. kalau dia tak tunaikan janji dia, aku akan pergi tinggalkan dia walaupun sakit sebenarnya untuk aku. tapi aku taknak jadi bodoh. biarlah aku bagi dia masa setakat tuh. aku dah tak sanggup lagi dah nak tahan rasa sakit ni. aku dah tak kuat lagi. selama 6 bulan aku kekal sabar dan tabah demi untuk pertahankan hubungan kitorang. tak apa sayang! demi kau, AKU SANGGUP walaupun sakit dan perit.

Sayang, tolonglah tunaikan janji-II mu yaaa? aku merayu sangat-II. kalau kau tak tunaikan dan kau mungkir janji kau, sorry sayang. aku taknak jadi bodoh lagi. aku akan cuba untuk mula hidup baru dan tinggalkan kau walaupun berat bagiku. tapi semua tuh demi kebaikan aku sendiri. dan pada saat aku tinggalkan kau, aku harap sangat kau dapat pengajaran daripada apa yang ko dah buat kat aku. Allah maha adil sayang! ingat satu tuh jeh. hari ni hari aku yang rasa sakit, nanti hari kau pulak yang rasa sakit.

Hmmmmmmm...... mungkin kalau aku mampus baru dia berhenti buat aku macam ni. jangan pula bila aku dah mati baru dia nak menyesal, menangis melalak tak tentu pasal. sorry sayang. dah terlambat untuk kau menyesal kalau dah aku menghembus nafas yang terakhir. sekarang ni selagi aku masih bernafas, tolonglah hargai pengorbanan dan perasaan aku sayang. susah sangat ke permintaan aku ni?

Walau macam mana sekalipun dia sakitkan hati aku, lukakan hati aku, buat aku menangis tak berairmata, dia tetap lelaki yang paling aku sayangi dan cintai. dia tetap pelengkap hidup aku!

Kepada kaum Adam di luar sana, hargailah kami kaum Hawa! kami dicipta bukan untuk disakiti, bukan untuk dilukai, bukan untuk dimaki, bukan untuk dikasari, bukan untuk korang lepaskan kemarahan korang. tapi kami tercipta untuk disayangi, dicintai, dimanja, dibelai, dikasihi, diberi perhatian.

Okeyy laah. rasanya sampai sini jeh laah. renung-renungkanlah wahai kaum Adam dan Hawa sekalian. jangan jadi terlampau bangang sebab cinta.

Lots of Love,
Eypa Husaini 

Another 27 days left :(

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :')

hi korang-II semua! dah berbuka ke belom? aku dah kenyang sangat ni. mata pun dah mengantuk. astaghfirullahalazim! hehehe. okeyy lepas berbuka ni, tiba-II teringat pulak dengan cinta hati. huhuu :(

sang arjuna ku akan kembali ke pangkuan keluarga nya di Sabah pada 6 Ogos ni nanti. huhuhu. dia akan balik paling sekejap pun dua tiga bulan, paling lama setengah tahun. dugaannya. dugaan oh dugaan! aku akan keseorangan lagi. huhuhu.

malam-II aku takde laah gurauan dia, gelak tawa dia, kemarahan dia, pelukan dia, ciuman dia, manja dia, dan takde laah orang nak bagi aku tdor lagi lepas ni hmmmm. ini laah masalah nya kalau dah sentiasa berkepit kan? bila nak berjauhan, confirm rindu setengah mati hmmmm sedih sialll ! :'(


aku taknak terlalu berharap sebab dia balik sana pun mungkin ada dua kemungkinan. hmmmm dan kemungkinan itu biar aku jeh laah yang tahu. memang agak sedih tapi aku kena terima dengan hati yang terbuka. mintak-II aku tak bunuh diri jeh laah kan huhuhu :'( orang cakap, kalau kita dah terlalu mencintai dan menyayangi seseorang tuh, apa-II pun kita sanggup buat. betul tak? hmmm itu laah aku. aku dah laah jenis yang sukar untuk menerima kenyataan :'( ya Allah, kuatkanlah hamba-MU ini ya Allah!

Dear love,
dinda tak mintak banyak pun dari kanda bila kita dah berjauhan nanti. dinda mintak satu jeh, dinda mintak kanda tunaikan janji-II kanda. huhu. ingat tak janji-II kanda kat dinda? hmmm kanda janji kanda akan balik sini dan semuanya akan berubah dan bahagia. kanda janji kanda akan mula setia pada yang satu. kanda janji kanda takkan tinggalkan dinda lama-II lagi, kanda janji kanda akan jadi yang terbaik untuk dinda. hmmmm
PLEASE SAYANG! ingat semua janji-II mu ya?



buktikan pada dinda, bukannya sekadar ucapan di bibir sahaja. okeyy? dinda berharap sangat-II kanda tunaikan semua janji kanda tuh. jangan hampakan dinda, dan jangan musnahkan harapan dinda. jangan hancurkan segala yang kita telah bina bersama :') please baby! 

dinda selalu perlukan kanda disisi dinda, dinda selalu perlukan kanda dalam apa jua keadaan. dinda memerlukan pelukan dan ciuman kanda untuk menenangkan dinda di kala kesedihan dan kedukaan datang melanda diri ini :')


dinda janji, dinda akan tunggu kanda balik semula disisi dinda, dan dinda akan tunggu kanda dengan penuh setia. itu janji dinda pada kanda. pegang janji dinda! dinda akan pastikan takkan ada yang pisahkan kita selain maut. huhuhu. dinda dah terlampau menyayangi dan mencintai kanda. so, please, pertimbangkan perasaan dinda. kalau kanda pergi takkan kembali ke sisi dinda lagi, lebih baik kanda berterus terang sekarang dan tinggalkan dinda sekarang. sebab nanti sudaa terlambat sayang. huhu :') 

DINDA JANJI DINDA AKAN MENANTI KEPULANGAN KANDA DGN PENUH SETIA!


dinda harap kata-II yang kanda ucapkan pada dinda itu benar dan jujur. walaupun semua kata-II tuh hanya Allah jeh yang tahu sama ada jujur atau pun tidak :') tapi dinda percaya kat kanda, jadi, dinda anggap semua kata-II kanda tuh betul dan jujur serta ikhlas untuk dinda :) 

kanda, kalau kanda nak tahu, dinda tak pernah terlampau menyayangi, mencintai dan mengasihi lelaki macam mana dinda menyayangi, mencintai dan mengasihi kanda. dinda sanggup berkorban apa saja untuk kanda, dinda sanggup lakukan apa saja untuk kanda walaupun itu akan mengorbankan nyawa dinda sendiri. dinda akan perjuangkan apa saja demi hubungan kita sayang. tapi kanda pun kena berjuang untuk hubungan kita. bukan dinda sorang :')


hmmmm lagi satu benda! kanda, dinda nak kanda tahu bahawa selama kita bersama, dinda memang tak pernah ada lelaki lain selain kanda. kalau ada pun, itu semua kawan sahaja. tak lebih daripada seorang kawan. di hati dinda hanya ada kanda sorang jeh. hmm jujur dinda cakap, dinda memang takde perasaan pun kat lelaki lain. hati dinda ni sepenuhnya milik kanda. dah tertutup untuk laki lain sayang. nak tengok laki lain pun macam takde perasaan. hahahaha :D dinda nak mintak maaf jugak kalau ada salah dan silap dinda kat kanda. dinda hanya insan biasa sayang. insan biasa yang lemah dan sering buat dosa. jadi, dinda harap kanda maafkan semua salah dinda dekat kanda. okeyy? jangan di simpan di dalam hati yea sayang?

sayanggggg, ka'a kalasahan ku Nazryan Shah bin Affendi tunggal mareom atai ku. entom subai ni tangisan e'ku lasakku ma ka'a sayang ku. lasa embal ta gantian ma ka'a du dangan-II. aku akan selalu angenthom ma ka'a ranggg :)


apa lagi eh? dah tak tahu nak cakap apa. hihihi :) tyra ni sibuk je menganggu emosi aku. orang tengah feeling-II nak update blog, dia sibuk jeh bercakap kat belakang aku! hahahahahhahaa xD  sakit pulak hati kite ni. okeyy laah. babai. wassalam!




Remember all our moments together? hmmm I'm gonna miss you very much sayang! 

Lots of Love,
Eypa Husaini 

Satu Ramadhan :)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

apa khabar semuanya? sehat? alhamdulillah. hehee. hari ni 10 Julai 2013 bersamaan dgn 1 Ramadhan. subahanallah! tak terasa dah puasa dah kan? tak lama lagi raya. hmmmm memang tak terasa. pejam celik, pejam celik, dah puasa, dah raya, dah 2014. huhuhu. well, aku pun dah lama tak update kan kat blog nih? I am truly sorry sebab aku takde masa sangat nak update blog ni. lagi satu, takde idea sangat huhu.

well, hari ni, tiba-II pulak ade idea kan? so, nak update sikit laah kat blog ni. hihihi :p boleh kan?

syukur aku dipertemukan dengan kaum adam yang bernama Nazryan Shah bin Affendi. alhamdulillah! dia mungkin tak sebaik jejaka-II di luar sana, mungkin tak sewarak jejaka-II di luar sana tapi selagi dia boleh membahagiakan aku, itu sudah mencukupi dan memadai. :) kami telah hidup bersama, susah senang bersama, suka duka bersama, selama 5 bulan lebih. memang masih baru lagi tapi, orang cakap ape, "LOVE AT THE FIRST SIGHT" hahahahah xD geliii pulak aiii ! tapi benda betul okayy? aku sayang, cinta, kasih, rindu sangat-II kat dia. huhuhu.

walau bagaimanapun aku bahagia dengan dia, tapi disebalik kebahagiaan itu tersembunyi kesedihan, kesakitan, keperitan, kepedihan dan kedukaan. kenapa? biar aku, Allah, dan para sahabatku sahaja yang mengetahuinya. dia seorang yang panas baran sangat. tetapi dalam panas barannya, ada terselit sedikit kemanisan dan keromantisan ;) manja dia, manja aku, biar kami sahaja yang tahu. iyeee, dia memang kuat cemburu. tapi cemburu tanda cinta. iyeee, dia selalu marah-II aku, tapi marah tandanya sayang. iyeee, dia selalu mencurigai aku, tapi kalau curiga itu tanda dia takut kehilangan aku. alhamdulillah! walau macam mana sekalipun dia marah aku, dia maki aku, dia tumbuk aku, dia lempang aku, dia rembat aku, dia pukul aku, dia tengking aku, aku tetap sayang dia. dan itu takkan merubah walau sedikit pun perasaan aku terhadap dia malahan semakin bertambah. huhuhu

apa pun yang dia lakukan terhadap aku, perasaan sayang, kasih, cinta dan rindu ini tetap milik dia. hati aku sepenuhnya untuk dia. :') insyaAllah, aku akan tetap memeluk dan menciumnya di syurga. amin ya rabbal alamin! 

to my sayang :
dinda mintak satu jeh! tolong jangan pernah tinggalkan dinda. dinda terlalu menyayangi, mencintai dan mengasihi kanda. :') peduli laah orang cakap dinda ni bodoh ke, buta ke, ape ke, dinda tak kesah sume tuh! yang dinda harapkan, dinda nak kanda jadi peneman dan pelengkap hidup dinda selama-lamanya :') SUMPAH WALLAH! dinda sedikit pun tak pernah curang. janganlah kanda menuduh dinda sembarangan okayy? you always be my one and only, sayang ;) loveyou so much denkk!

hmmmmm okeyy laah! aku dah tak tahu nak cakap ape lagi dah. selamat berpuasa kepada semua umat islam seluruh dunia :)

Lots of Love,
Eypa Husaini