10 July 2013

Satu Ramadhan :)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

apa khabar semuanya? sehat? alhamdulillah. hehee. hari ni 10 Julai 2013 bersamaan dgn 1 Ramadhan. subahanallah! tak terasa dah puasa dah kan? tak lama lagi raya. hmmmm memang tak terasa. pejam celik, pejam celik, dah puasa, dah raya, dah 2014. huhuhu. well, aku pun dah lama tak update kan kat blog nih? I am truly sorry sebab aku takde masa sangat nak update blog ni. lagi satu, takde idea sangat huhu.

well, hari ni, tiba-II pulak ade idea kan? so, nak update sikit laah kat blog ni. hihihi :p boleh kan?

syukur aku dipertemukan dengan kaum adam yang bernama Nazryan Shah bin Affendi. alhamdulillah! dia mungkin tak sebaik jejaka-II di luar sana, mungkin tak sewarak jejaka-II di luar sana tapi selagi dia boleh membahagiakan aku, itu sudah mencukupi dan memadai. :) kami telah hidup bersama, susah senang bersama, suka duka bersama, selama 5 bulan lebih. memang masih baru lagi tapi, orang cakap ape, "LOVE AT THE FIRST SIGHT" hahahahah xD geliii pulak aiii ! tapi benda betul okayy? aku sayang, cinta, kasih, rindu sangat-II kat dia. huhuhu.

walau bagaimanapun aku bahagia dengan dia, tapi disebalik kebahagiaan itu tersembunyi kesedihan, kesakitan, keperitan, kepedihan dan kedukaan. kenapa? biar aku, Allah, dan para sahabatku sahaja yang mengetahuinya. dia seorang yang panas baran sangat. tetapi dalam panas barannya, ada terselit sedikit kemanisan dan keromantisan ;) manja dia, manja aku, biar kami sahaja yang tahu. iyeee, dia memang kuat cemburu. tapi cemburu tanda cinta. iyeee, dia selalu marah-II aku, tapi marah tandanya sayang. iyeee, dia selalu mencurigai aku, tapi kalau curiga itu tanda dia takut kehilangan aku. alhamdulillah! walau macam mana sekalipun dia marah aku, dia maki aku, dia tumbuk aku, dia lempang aku, dia rembat aku, dia pukul aku, dia tengking aku, aku tetap sayang dia. dan itu takkan merubah walau sedikit pun perasaan aku terhadap dia malahan semakin bertambah. huhuhu

apa pun yang dia lakukan terhadap aku, perasaan sayang, kasih, cinta dan rindu ini tetap milik dia. hati aku sepenuhnya untuk dia. :') insyaAllah, aku akan tetap memeluk dan menciumnya di syurga. amin ya rabbal alamin! 

to my sayang :
dinda mintak satu jeh! tolong jangan pernah tinggalkan dinda. dinda terlalu menyayangi, mencintai dan mengasihi kanda. :') peduli laah orang cakap dinda ni bodoh ke, buta ke, ape ke, dinda tak kesah sume tuh! yang dinda harapkan, dinda nak kanda jadi peneman dan pelengkap hidup dinda selama-lamanya :') SUMPAH WALLAH! dinda sedikit pun tak pernah curang. janganlah kanda menuduh dinda sembarangan okayy? you always be my one and only, sayang ;) loveyou so much denkk!

hmmmmm okeyy laah! aku dah tak tahu nak cakap ape lagi dah. selamat berpuasa kepada semua umat islam seluruh dunia :)

Lots of Love,
Eypa Husaini 

21 April 2012

Hina Orang Sarawak?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia :)

Isu yang aku nak bentangkan hari ni adalah isu penghinaan terhadap orang Sarawak. aku minta maaf kalau isu ini terlalu sensitif tapi aku hanya mengemukakan pendapat yang ade dalam kepala hotak aku ni. jadi, tak perlu lah nak touching touching, emosi or ambek hati okay? korang bace je okay? tak perlu nak beri comment or whatever lah.

di laman sosial iaitu Facebook dan Twitter terutamanya, sering ada cacian, hinaan dan makian daripada orang di Semenanjung terhadap orang di Sarawak. bukannya setakat di profile sendiri, malahan ade yang membuka kumpulan Anti-Sarawak di Facebook. ape motif korang sebenarnya ha? nak hina orang Sarawak? bodohnye korang kan? nak hina kitorang yang di Sarawak ni, agak agak lah sikit. guna otak, bukan guna lutut! ni tak, ikut suka korang je nak hembus. kalau hembus bau bunga takpe, ni hembus bau bangkai.

menghina orang Sarawak ni masih pakai cawat. aku rase, pakaian korang pun tak seberapa kan? korang pakai Levi's, orang Sarawak pun ade pakai Levi's. korang pakai Louis Vuitton yang entah original ke tidak, orang di Sarawak pun ade pakai. korang pakai Topman, Topshop, Cotton-On, Forever 21, Adidas, Nike, Guess, etc. kitorang yang duduk di Sarawak ni pun ade pakai lah weiii. so, tak perlu nak berlagak macam korang je pakai barangan berjenama. ape yang korang kenakan di tubuh korang tu, orang di Sarawak ni pun ade pakai okay? bukannya korang je. HELLOOOOO! -.-''

menghina orang Sarawak ni bodoh. hmmmmmmmmm korang dekat sane pandai sangat ke? bijak sangat ke? pintar sangat ke? cerdik sangat ke sampai nak hina orang Sarawak ni bodoh. agak agak sikit bila nak menghembus kata kata korang tu. dalam surat khabar/berita heboh tentang pelajar di Semenanjung dapat sehingga 20 A1 dalam SPM. itu dah cukup membanggakan korang ke? bukannye korang pun yang dapat 20 A1 tu kan? so, tak perlu nak bangga di atas kejayaan orang lain. kau yang menghina orang Sarawak tu, entah entah takde A kot dalam sijil SPM kau. hahahahaha. aku tak heran lah kalau pelajar pelajar kat tempat korang tu selalu dapat straight A. penggubal soalan SPM pun berasal dari tempat korang. so, tak mustahillah korang diberi highlight kan?

menghina orang Sarawak ni miskin. ni yang tak patut ni. hahahaha. korang ni nak menghina Sarawak ni miskin. tapi korang sedar atau tidak bahawa bangunan yang megah berdiri di Kuala Lumpur, Semenanjung tu kosnya datang dari mana? sedar atau tidak bahawa korang dah bangga dengan benda yang korang hina? tanpa Sarawak, takde maknanya pun KLCC tu boleh berdiri. agak agak sikit kalau nak hina orang Sarawak ni miskin. bangunan KLCC yang korang banggakan sangat tu hasil daripada Sarawak. korang tau atau tidak? macam mane lah nak tau kalau asyik sibuk nak menghina orang Sarawak je kan? hahaha. damn! so, typical! aku rase, memang tak patutlah bangunan KLCC tu kat tempat korang kan? korang hina orang Sarawak, tapi korang tak tau bahawa bangunan yang megah berdiri tu hasil orang Sarawak. TAK RETI NAK BERTERIMA KASIH! kang aku robohkan KLCC tu baru korang tau. hahaha. dapat balik lah modal orang Sarawak yang mencecah RM10 billion tu kan? minyak kenderaan korang pun dari mana datangnya kalau bukan dari Sarawak kan? hahaha

ade pulak yang menyatakan bahawa orang Sarawak ni masih tak expose. masih tinggal kat dalam hutan. tinggal atas pokok. bongoknye korang! hahahahaha. untuk pengetahuan korang, kitorang ade rumah okay? rumah banglo, rumah teres, kondominium, apartment, rumah berkembar, villa. and kitorang pun ade highway okay? Sarawak ni ade bandar lah! yang selalu korang tengok dalam TV tu kat kawasan pedalaman, memang lah takde rupa bandar. kitorang kat Sarawak ni ade jugak expose dengan teknologi okay? bukannye korang je! ishhhhhhh~

HELLO KAWAN DI SANA! kita satu negara okay? tak perlulah nak hina hina orang Sarawak. Sarawak pun dalam Malaysia jugak. kita Satu Malaysia maaaa. tak perlulah nak caci maki, hina hina orang Sabah dan Sarawak. sama je manusia biasa yang berpijak di muka bumi milik Yang Esa. korang hina hina Sarawak dan Sabah ni umpama seperti korang menghina hasil Allah :) majoriti penduduk di Semenanjung terdiri daripada orang Islam. renung renungkan lah ye? oh ye, sebelum aku menamatkan isu aku ni, aku bangga jadi orang Sarawak sebab Sarawak mempunyai bahasanye yang tersendiri :)

AKU BANGGA JADI ANAK KELAHIRAN SARAWAK!

p/s don't take it seriously :)

Lots of Love,
EYPA HUSAINI